Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional melayu. Mereka adalah congkak,Gasing,Guli,Sepak raga dan macam-macam lagi. Antara permainan yang ditulis di atas,saya memilih congkak.Permainan ini telah wujud sejak zamam kesultanan melayu Melaka lagi,tetapi tidak pasti asalnya,samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang melayu ketika itu.Dua orang pemain duduk berhadap papan congkak,dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Congkak masih lagi dimainkan pada hari ini. Tetapi jumlah orang yang bermain hanya sedikit sahaja , mungkin kerana permainan yang lebih canggih seperti psp telah dihasilkan. Di Melaka, ada ramai orang lagi yang masih bermain congkak . Jika kami ingin melestarikan permainan melayu, kami boleh membuat perlawanan antara china dan melayu ataupun India dengan china. Lebih banyak perlawanan akan juga membawa harmony antara bangsa yang berlainan.Kami juga boleh membuat workshop tentang pelbagai-bagai lagi permainan melayu . Kesempatan ini mungkin akan membawa ramai lagi orang untuk mencuba permainan yang berlainan bangsa. Dengan cara ini permainan tradisional melayu tidak bakal lenyap. Saya berharap kami dapat mempelajari lebih lanjut tentang permainan tradisional bangsa yang berlainan.
Wednesday, July 9, 2008
Tuesday, July 1, 2008
Pantun Congkak
Guli dicampak ke dalam lubang
Permainan ini digemari orang
Ikutkan hati saya yang menang
Apakah permainan yang dimaksudkan
Anak keling main congkak
Main congkak punya pelan
Boleh saya tumpang bertanya
Sudikah anda bermain bersama saya
Permainan ini digemari orang
Ikutkan hati saya yang menang
Apakah permainan yang dimaksudkan
Anak keling main congkak
Main congkak punya pelan
Boleh saya tumpang bertanya
Sudikah anda bermain bersama saya
Subscribe to:
Posts (Atom)